Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :) salam ukhuwah fillah sahabat :)
seronoknya dapat ramai sahabat kan?
rindunya dengan sahabat ana :')
Ana ada sebuah cerita yang ingin dikongsikan pada sahabat semua :)
hari itu ana ada keluar dengan sahabat ana, dan sahabat ana membawa temannya sekali. Boleh dikatakan temannya tidak sukakan ana. mungkin kerana ana tidak sama taraf dengannya, layanannya dengan sahabat ana begitu baik sekali malahan dengan ana sedikit dipulaukan. ana sedikit terkilan, tapi tidak mahu berburuk sangka dahulu, hingga ana bertanya padanya kenapa dia begitu. dan apa yang ana sangkakan benar. kerana ana tidak secerdiknya dan secantiknya. ana sedikit sedih, tapi walau apa pun ana doakan yang teman sahabat ana dapat menerima ana seadaanya.
kenapa dalam bersahabat kita harus pandang pada harta, pangkat, rupa, darjat, pendidikan? pada ana itu semua tak penting, yang penting adalah ke ikhlasan dalam bersahabat. ingatlah, di dunia ini kita sementara, ada yang kekal menanti :) harap sahabat semua dapat menerima ana seadaanya. :) SAYANG SAHABAT KERANA ALLAH SWT :)
No comments:
Post a Comment