Saturday, 27 October 2012

we're muslim!

Assalamualaikum warahmatulah...

WE'RE MUSLIM ! AND WE'RE NOT TERRORIST !

pernah tak tengok movie my name is khan?

pernah tak menitiskan air mata tika menonton cerita tu ?

cerita yang penuh dengan pengajaran.. islam itu sangatlah indah! islam itu agama yang benar! bantulah saudara kita dengan mendoakan mereka supaya sentiasa dilindungi Allah SWT :) Amin Ya Rabb







Friday, 26 October 2012

Labuh tudungku

Assalamualaikum warahmatulah..

hee, kenapa eh.. kalau kita pakai je tudung labuh, baju ala-ala muslimah, pakai stokin, pakai sarung lengan.. kita dipanggil Ustazah? kita dikatakan sudah cukup alim? well, itu fakta bagi orang.. tapi sebenarnya tidak.. kami masih lagi sama seperti kalian, manusia yang sering khilaf. tidak semestinya kami berpakaian seperti itu ilmu sudah cukup didada, hati kami dikatakan bersih.. ohh tidak sama sekali.. berpakaian seperti itu tidak menujukkan kami ini siapa-siapa. kami berpakaian seperti itu hanya kerana ingin melakukan segala yang diperintah Allah SWT. menutup aurat itu satu dari perintah Allah yang harus kami patuhi... jadi jangan pandang kami ini mulia, sedangkan kami hanya insani yang lemah, yang masih mencari segenap cahaya buat hati ini.. kadang yang baik itulah yang buruk buat kami :)






Thursday, 18 October 2012

muslimah sejati

Assalamualaikum warahmatulah sahabat :)

hee, hari ni ana nak cerita mengenai wanita,gadis,perempuan dan dan muslimah je <3
terutama buat perempuan yang sedang ingin memperbaiki diri <3 uuuuu
okay, ana mula yaa.

Bismillahirahmannirahhim..

ya, gerun tak baca title post ni? hee okay okay maaf :)

buat gadis diluar sana yang sedang perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.. (kata kasarnya menjadi yang baik kepada lebih baik gituu) hee

kata orang, nak mula istiqomah ni mulakanlah dengan nawaitu dulu, lepas tu barulah ke step-step seterusnya. hee, nawaitu tu penting. nak buat apa-apa mesti dengan nawaitu dulu kan? biar nak buat kebaikan mahupun kejahatan. contohnya~ katakanlah Aminah nak curi kain buruk warung Pak Ali. Aminah dah set dalam hati dia, yang dia AKAN mencuri kain buruk tu..jadi ? apa dah jadi ? o.O? hee bermaksud dia dah niatlah yang dia nak mencuri. jadi akan menjadi sebaliknya kalau Aminah dah set dalam minda or hati dia yang dia nak beristiqomah.. *pssttt2,, jangan salah sangka nohh, Aminah tu anaknya Pak Ali, dia selalu bantu ayahandanya dekat warung , hee dan dan cuba rewind balik apa yang ana taip tu....hee nampak dak ? CAPS LOCK <<yang macam ni? itu adalah KEYWORDnya.. maksud AKAN tu besar maknanya sahabat :) tahu tak, jika kita dah set dalam minda or hati kita yang kita nak melakukan kejahatan maka malaikat Attid dah catat satu merit buat kita, hee, itu baru niat je, belum buat lagi. kalau kita buat maka tercatitlah dua merit buat kita, tapi tapi, jika kita hanya niat tidak melakukannya maka, hanya satu ja merit kita :) faham sahabat apa yang ana cuba sampaikan ini? ingat sahabat jika kita niat ingin berbuat baik, maka sudah tercatit 1 merit dibahu kanan, jika kita tak buat, merit itu tidak akan ditolak.. Masya-Allah, hanya dengan nawaitu ja dah boleh dapat pahala kan? hebat tak Allah tu? heee

okay baiklah, ukhti yang sedang membaca entri ini, harap tidak bosan membaca entry yang serupa bot karam ni :S heee. okay ana sambung lagi yaa buat ukhti yang sedang mahu beristiqomah tuu.
NEXT STEP..
kata orang kalau sudah ada nawaitu tu, lebih afdal jika disempurnakan :) tak gitu ? hee.

step ini orang kata paling susah. ukhti-ukhti kalau tak susah bukan dugaan namanya tu dan adakah orang yang hidup di atas bumi Allah ini yang tak diduga ? ish kalau ada memey tererlah orang tu, hee. okay okay. step seterusnya adalahhhhhh.. uuuu takut tak ? takut tak? hee, maaf maaf
stepnya adalah, amalkan memakai sarung lengan, walaupun kita memakai lengan panjang, dan pratislah memakai stokin bila keluar rumah, ukhti ukhti. walaupun kaki itu aurat yang tak wajid ditutup tapi nak ke kita bagi orang bukan muhrim kita tengok kaki comel kita? Astafirulahalazim, tak sangguhkuu. hee dan last sekali cuba try pakai tudung yang labuh labuh.. hee ukhti biar kita panas didunia asalkan tidak dineraka. nauzubillah :S

dan kalau ada orang perlekehkan cara kita berpakaian ingatlah, ukhti tabahkan hati mu :) hanya pada Allah kita sujud, dan pada Allah kita meminta :) ingat ukhti ukhti ana sayang :)

Friday, 5 October 2012

SAHABAT TILL JANNAH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :) salam ukhuwah fillah sahabat :)

seronoknya dapat ramai sahabat kan?
rindunya dengan sahabat ana :')

Ana ada sebuah cerita yang ingin dikongsikan pada sahabat semua :)

hari itu ana ada keluar dengan sahabat ana, dan sahabat ana membawa temannya sekali. Boleh dikatakan temannya tidak sukakan ana. mungkin kerana ana tidak sama taraf dengannya, layanannya dengan sahabat ana begitu baik sekali malahan dengan ana sedikit dipulaukan. ana sedikit terkilan, tapi tidak mahu berburuk sangka dahulu, hingga ana bertanya padanya kenapa dia begitu. dan apa yang ana sangkakan benar. kerana ana tidak secerdiknya dan secantiknya. ana sedikit sedih, tapi walau apa pun ana doakan yang teman sahabat ana dapat menerima ana seadaanya.

kenapa dalam bersahabat kita harus pandang pada harta, pangkat, rupa, darjat, pendidikan? pada ana itu semua tak penting, yang penting adalah ke ikhlasan dalam bersahabat. ingatlah, di dunia ini kita sementara, ada yang kekal menanti :) harap sahabat semua dapat menerima ana seadaanya. :) SAYANG SAHABAT KERANA ALLAH SWT :)