Assalamualaikum wtb, salam ukhuwah fillah :)
Bismillahirahmanirahim..
minggu lepas saya tuisyen di rumah cikgu saya, kebetulan dua hari sebelum tuisyen cikgu saya baru balik dari Langkawi, cikgu saya pengganut agama kristian, cikgu tuisyen saya suka bercerita mengenai pengalamannya. hari tu dia cerita pasal ketika dia di Airport ketika menunggu penerbangan ke Langkawi, kebetulan ketika cikgu dan keluarganya menunggu, ada sekumpulan orang arabian, mereka berpasangan. cikgu cerita, tiga bangku diduduki oleh cikgu dan dua anaknya. manakala, suaminya duduk disebelah bangku lagi, ada dua kosong bangku yang bersebelahan dengan suami cikgu, jadi sepasang arabian duduk dibangku tersebut, pasangan arabian itu dalam lingkugan 20 an. wanita arabian itu pula berniqab. cikgu kata, pasangan arabian itu bercumbuan dikhalayak ramai, dan wanita berniqab itu menyelak niqabnya hanya untuk bercumbuan. cerita ini pengalaman dari guru tuisyen saya, saya ingin mengingatkan sesama ukhuwah, cerita seperti ini kita hanya boleh 'dengar, percaya jangan' kerana.. kemungkinan besar meraka merupakan pasangan suami isteri.. syurga isteri terletak ditelapak kaki suami.. maka apa pun yang diingini suami, isteri tidak boleh tolak. pernah dengar tak cerita mengenai wanita pertama yang masuk syurga, penungang SAIDATINA SITI FATIMAH ke syurga? ceritanya saya tak ingat sangat, tapi saya pernah baca di facebook.. ceritanya seperti ini...
(Siti Fatimah menanyakan kepada ayahandanya)
Siti Fatimah: ayah, siapakah wanita muslimah yang pertama masuk syurga.
Baginda: seorang wanita yang tinggal di.....(saya tak ingat dimana dan nama wanita itu,tp ada disebutkan)
(maka Siti Fatimah ingin mengetahui mengenai wanita tersebut, maka Siti Fatimah pun pergi kerumahnya)
Siti Fatimah: Assalamualaikum warohmatullahiwabarohkatuh.
wanita: waalaikumusalam warohmatullahiwabarohkatuh, siapakah saudari? (membuka pintu hanya memperlihatkan mukanya sahaja)
(Siti Fatimah mengenalkan dirinya)
wanita: maaf saya tidak boleh menjemput saudari masuk, kerana saya belum meminta izin dengan suami saya.. datanglah pada esok hari dan saya akan minta izin sama suami saya.
(Siti Fatimah dengan perasaan kecewa pulang kerumah)
*keesokkan harinya Siti Fatimah datang bersama anak sulungnya
(wanita itu terkejut kerana Siti Fatimah membawa seorang anak kecil, maka wanita itu berkata)
wanita: siapa anak itu? maaf saya belum meminta izin pada suami saya mengenai anak itu, datanglah pada keesokkan harinya agar saya meminta izin terlebih dahulu pada suami saya
(Siti Fatimah pulang sekali lagi dengan kecewa)
#pada malam itu, wanita itu berkata pada suaminya yang dia tidak mengizinkan anak Rasullulah masuk kerumah mereka, maka suaminya berkata
suami wanita itu: kenapa awak tidak membenarkan anak baginda masuk ke rumah kita? bukankah dia anak Rasullulah? sudah, lain kali sesiapa pun yang dibawa oleh anak baginda, jemput mereka masuk.
(keesokkan harinya Siti Fatimah datang membawa kedua-dua anaknya, kali ini mereka dijemput masuk)
*tetapi belum sempat mereka berbual, wanita itu seperti tergesa-gesa melakukan sesuatu.. wanita itu membawa secawan kopi, berserta batang penyapu ditangan dan wanita itu menyelak kainnya sehingga menampakkan pehanya.. Siti Fatimah memandang pelik dengan kelakuan dan barang yang berada ditangan wanita itu sambil menunggu seseorang dari pintu tersebut, lalu Siti Fatimah bertanya pada wanita itu mengapa dia berkelakukan seperti itu.. wanita itu menjawab
wanita: kopi ini buat suami saya jika dia dahaga bila pulang dari kerja. batang penyapu ini supaya senang suami saya memukul saya menggunakannya jika saya ada membuat salah.
Siti Fatimah: mengapah perlu selak kain hingga menampakkan pehamu? bukankah itu aurat?
wanita: saya menyelaknya supaya menambahkan shahwat suami saya ketika dia pulang dan melihatnya..
(Siti Fatimah pulang dalam esakkan)
(baginda menaya pada Siti Fatimah sudahkah beliau menjumpa wanita tersebut, Siti Fatimah menceritakan semuanya pada Baginda, Baginda berkata pada anaknya)
Baginda: sudahlah anakku, jangan kau tangisinya lagi.
Siti Fatimah: bagaimana saya tidak menagis ayah, dia wanita yang taat pada suaminya. bahkan dia wanita pertama yang masuk ke syurga Allah SWT.
Baginda: anakku, dia yang akan menjadi penunggangmu tika waktu nanti, kerna itu dia yang masuk syurga Allah SWT terlebih dahulu
maka Siti Fatimah pun kembali tersenyum taat kala mendengar kata-kata Baginda...
subhahannaAllah.. Allahhuakbar! bertapa hebatnya isteri itu..
dari cerita ini, saya cuba menceritakan pada semua pembaca supaya jangan terlalu percaya.. dengar boleh , percaya jangan sehingga terbukti benda itu salah.. walaupun sebenarnya bercumbuan dikhalayak ramai itu salah, tapi jika dia merupakan seorang yang mentaati suaminya? apa boleh buat selain turuti saja.. sebenarnya saya bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi saya tidak berapa setuju dengan pendapat guru saya yang mengatakan seperti itu.. lagipun guru saya ini seperti ingin menyesatkan kami anak muridnya dengan selalu berkata "hidup kena seksi" seperti mengalakkan kami untuk tidak menutup aurat dan gembira sepuas2nya..
maaf dari cerita saya ini banyak kesalahan.. harap dapat diperbetulkan.. sesama mengingati agar kita sentiasa berada di landasan Allan SWT yang lurus :)
No comments:
Post a Comment