Friday, 14 September 2012

menginggati antara ukhuwah ;)

Assalamualaikum wtb, salam ukhuwah fillah :)

Bismillahirahmanirahim..

minggu lepas saya tuisyen di rumah cikgu saya, kebetulan dua hari sebelum tuisyen cikgu saya baru balik dari Langkawi, cikgu saya pengganut agama kristian, cikgu tuisyen saya suka bercerita mengenai pengalamannya. hari tu dia cerita pasal ketika dia di Airport ketika menunggu penerbangan ke Langkawi, kebetulan ketika cikgu dan keluarganya menunggu, ada sekumpulan orang arabian, mereka berpasangan. cikgu cerita, tiga bangku diduduki oleh cikgu dan dua anaknya. manakala, suaminya duduk disebelah bangku lagi, ada dua kosong bangku yang bersebelahan dengan suami cikgu, jadi sepasang arabian duduk dibangku tersebut, pasangan arabian itu dalam lingkugan 20 an. wanita arabian itu pula berniqab. cikgu kata, pasangan arabian itu bercumbuan dikhalayak ramai, dan wanita berniqab itu menyelak niqabnya hanya untuk bercumbuan. cerita ini pengalaman dari guru tuisyen saya, saya ingin mengingatkan sesama ukhuwah, cerita seperti ini kita hanya boleh 'dengar, percaya jangan' kerana.. kemungkinan besar meraka merupakan pasangan suami isteri.. syurga isteri terletak ditelapak kaki suami.. maka apa pun yang diingini suami, isteri tidak boleh tolak. pernah dengar tak cerita mengenai wanita pertama yang masuk syurga, penungang SAIDATINA SITI FATIMAH ke syurga? ceritanya saya tak ingat sangat, tapi saya pernah baca di facebook.. ceritanya seperti ini...

(Siti Fatimah menanyakan kepada ayahandanya)
Siti Fatimah: ayah, siapakah wanita muslimah yang pertama masuk syurga.
Baginda: seorang wanita yang tinggal di.....(saya tak ingat dimana dan nama wanita itu,tp ada disebutkan)

(maka Siti Fatimah ingin mengetahui mengenai wanita tersebut, maka Siti Fatimah pun pergi kerumahnya)
Siti Fatimah: Assalamualaikum warohmatullahiwabarohkatuh.
wanita: waalaikumusalam warohmatullahiwabarohkatuh, siapakah saudari? (membuka pintu hanya memperlihatkan mukanya sahaja)
(Siti Fatimah mengenalkan dirinya)
wanita: maaf saya tidak boleh menjemput saudari masuk, kerana saya belum meminta izin dengan suami saya.. datanglah pada esok hari dan saya akan minta izin sama suami saya.

(Siti Fatimah dengan perasaan kecewa pulang kerumah)

*keesokkan harinya Siti Fatimah datang bersama anak sulungnya
(wanita itu terkejut kerana Siti Fatimah membawa seorang anak kecil, maka wanita itu berkata)

wanita: siapa anak itu? maaf saya belum meminta izin pada suami saya mengenai anak itu, datanglah pada keesokkan harinya agar saya meminta izin terlebih dahulu pada suami saya

(Siti Fatimah pulang sekali lagi dengan kecewa)

#pada malam itu, wanita itu berkata pada suaminya yang dia tidak mengizinkan anak Rasullulah masuk kerumah mereka, maka suaminya berkata

suami wanita itu: kenapa awak tidak membenarkan anak baginda masuk ke rumah kita? bukankah dia anak Rasullulah? sudah, lain kali sesiapa pun yang dibawa oleh anak baginda, jemput mereka masuk.

(keesokkan harinya Siti Fatimah datang membawa kedua-dua anaknya, kali ini mereka dijemput masuk)

*tetapi belum sempat mereka berbual, wanita itu seperti tergesa-gesa melakukan sesuatu.. wanita itu membawa secawan kopi, berserta batang penyapu ditangan dan wanita itu menyelak kainnya sehingga menampakkan pehanya.. Siti Fatimah memandang pelik dengan kelakuan dan barang yang berada ditangan wanita itu sambil menunggu seseorang dari pintu tersebut, lalu Siti  Fatimah bertanya pada wanita itu mengapa dia berkelakukan seperti itu.. wanita itu menjawab

wanita: kopi ini buat suami saya jika dia dahaga bila pulang dari kerja. batang penyapu ini supaya senang suami saya memukul saya menggunakannya jika saya ada membuat salah.

Siti Fatimah: mengapah perlu selak kain hingga menampakkan pehamu? bukankah itu aurat?

wanita: saya menyelaknya supaya menambahkan shahwat suami saya ketika dia pulang dan melihatnya..

(Siti Fatimah pulang dalam esakkan)

(baginda menaya pada Siti Fatimah sudahkah beliau menjumpa wanita tersebut, Siti Fatimah menceritakan semuanya pada Baginda, Baginda berkata pada anaknya)

Baginda: sudahlah anakku, jangan kau tangisinya lagi.
Siti Fatimah: bagaimana saya tidak menagis ayah, dia wanita yang taat pada suaminya. bahkan dia wanita pertama yang masuk ke syurga Allah SWT.
Baginda: anakku, dia yang akan menjadi penunggangmu tika waktu nanti, kerna itu dia yang masuk syurga Allah SWT terlebih dahulu

maka Siti Fatimah pun kembali tersenyum taat kala mendengar kata-kata Baginda...

subhahannaAllah.. Allahhuakbar! bertapa hebatnya isteri itu..

dari cerita ini, saya cuba menceritakan pada semua pembaca supaya jangan terlalu percaya.. dengar boleh , percaya jangan sehingga terbukti benda itu salah.. walaupun sebenarnya bercumbuan dikhalayak ramai itu salah, tapi jika dia merupakan seorang yang mentaati suaminya? apa boleh buat selain turuti saja.. sebenarnya saya bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi saya tidak berapa setuju dengan pendapat guru saya yang mengatakan seperti itu.. lagipun guru saya ini seperti ingin menyesatkan kami anak muridnya dengan selalu berkata "hidup kena seksi" seperti mengalakkan kami untuk tidak menutup aurat dan gembira sepuas2nya..

maaf dari cerita saya ini banyak kesalahan.. harap dapat diperbetulkan.. sesama mengingati agar kita sentiasa berada di landasan Allan SWT yang lurus :)

Monday, 3 September 2012

YaAllah :'(

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Kisah ini dikutip dari sebuah catatan facebook, sengaja menulis kembali cerita ini dengan maksud ingin menyebarkan kisah kebesaran Allah yang maha dah
syat ! Mudah-mudahan kita menjadi umat yang diselamatkan Allah .. Aamiin ...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui berbagai pengalaman menarik dan yang pahit. Bagaimana pun, dalam banyaknya peristiwa yang saya alami, ada satu kejadian yang tidak akan pernah saya bisa lupakan.

Kisah ini terjadi kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an pada saat saya mengurus satu rombongan haji.

Setibanya wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bus. Semuanya terlihat riang sebab ini adalah pertama kalinya mereka melaksanakan haji. Setelah itu saya membawa mereka menaiki bis dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bus. Turunlah mereka satu persatu sampai tiba pada giliran wanita tersebut.

Tanpa sebab yang jelas tiba-tiba wanita itu jatuh tidak sadarkan diri, yang secara langsung setelah menginjak bumi Madinah.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita tersebut. “Jemaah ini sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas dan semua jemaah terlihat panik atas kejadian ini.

“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ini tak sadarkan diri, cepat tolong saya … kita bawa dia ke rumah sakit” kata saya.

Tanpa membuang waktu, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke rumah sakit Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain diantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di rumah sakit Madinah, wanita itu masih belum sadarkan diri. Berbagai usaha dilakukan oleh dokter untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sementara itu, tugas mengurus jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut di rumah sakit. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi rumah sakit Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Namun, saya diberi kabar bahwa dia masih tidak sadarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sadarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Semua usaha untuk memulihkannya gagal, maka wanita itu dibawa ke rumah sakit Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan perawatan lanjut sebab rumah sakit di Jeddah lebih lengkap kemudahannya dibandingkan rumah sakit Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadwal Haji harus diteruskan. Kami berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Selesai haji, saya langsung pergi ke Jeddah.

Malangnya, sampai rumah sakit Abdul Aziz, saya diberitahu oleh dokter bahwa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata dokter, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di rumah sakit.

Setelah dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya dan terus memeluk saya dengan erat sambil menangis terisak-isak. Ketika itu saya sangat bingung, Saya bertanya kepada wanita tersebut,

“Kenapa kamu menangis?”

“Ustazah … saya taubat Ustazah. Saya menyesal, saya takkan berbuat lagi hal-hal yang tidak baik. Saya bertaubat, betul-betul bertaubat.”

“Kenapa kamu tiba-tiba ingin bertaubat?” tanya saya masih dalam keadaan bingung. Wanita itu terus menangis terisak-isak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Tidak lama kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil hikmahnya oleh kita semua.

Katanya, “Ustazah, saya ini sudah berumah tangga, menikah dengan lelaki orang kulit putih. Tapi saya salah. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Saya tak pernah mengerjakan ibadah. Saya tidak sholat, tidak puasa, semua amalan ibadah saya dan suami tidak pernah saya kerjakan, rumah saya penuh dengan botol minuman.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

“Ustazah … Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma , saya telah diazab dengan siksaan yang benar-benar pedih atas segala kesalahan yang telah saya buat selama ini.

“Betulkah?” tanya saya terkejut.

“Betul Ustazah. Selama koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustazah, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ini seumur hidup tak pernah pakai jilbab. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tidak bisa saya ceritakan dengan kata-kata.

Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.” “Bukan itu saja, buah dada saya pun diikat dan dijepit dengan penjepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini … putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya hancur terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada itu kembali .”

Tanpa mempedulikan pasien lain, suster pun memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia disiksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi waktu untuk beristirahat atau dilepaskan dari hukuman, sepanjang masa koma itu di laluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara terbata-bata, dengan berlinangan air mata, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari ke hari saya disiksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti kulit kepala yang ikut terlepas. Panasnya juga menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu pedih … pedih yang amat sangat … tidak bisa saya ungkapkan. Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis terisak-isak. Terlihat dia betul-betul menyesal atas semua kesalahannya. Saya pun termenung, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Sangat pedih balasan Allah kepada umat-Nya yang ingkar.

“Ustazah … buat saya, Islam hanya nama saja, tapi saya minum alkohol, saya main judi dan segala macam dosa besar. Karena saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sadarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Buah yang tak berisi melainkan hanya duri-duri saja, tapi saya sangat ingin memakannya, karena saya benar-benar merasa lapar.
Bila ditelan buah-buah itu, duri-durinya menusuk kerongkongan saya dan bila sampai ke perut terasa menusuk perut saya. Sedangkan jari yang tertusuk jarum pun terasa sakitnya.

Setelah buah-buah duri itu habis, saya diberi makan berupa bara-bara api. Pada saat saya masukkan bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasanya seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Setelah memakan bara api itu, saya meminta minuman, tapi … saya dihidangkan dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk, saya terpaksa meminumnya sebab saya sangat merasa haus. Semua terpaksa saya lalui, tak pernah saya alami sepanjang hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Sangat terasa kebesaran Allah.

“Semasa diazab itu, saya merayu memohon kepada Allah supaya diberikan nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti saya memohon. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya. Saya berjanji tidak akan ingkar atas perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan kembali, saya akan perbaiki segala kekurangan dan kesalahan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sholat, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas dari balasan-Nya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. “Ini bukan mimpi ustazah. Kalau mimpi azabnya tidak akan terasa sampai sepedih ini. Saya bertaubat Ustazah, saya tak akan ulangi lagi kesalahan saya. Saya bertaubat … saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita tersebut benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling khusyuk.

Amal ibadahnya tak pernah berhenti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia hanya akan balik kehotelnya selepas sholat subuh.

“Kenapa melakukan ibadah sampai tidak ingat waktu. kamu juga harus menjaga kesehatan. Pulanglah setelah sholat Isya, makan nasi atau istirahatlah sejenak …” tegur saya.

“Tidak apa-apa Ustazah. saya membawa buah kurma. saya memakannya disaat saya merasa lapar.” Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia ingin membayar sholat yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut karena ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadah keterlaluan hingga mengabaikan kesehatannya.

“Tidak boleh Ustazah. Saya takut … saya sudah merasakan pedihnya azab Tuhan. Ustazah tidak merasa, Ustazah tidak mengetahui rasanya. Kalau Ustaz sudah merasakan azab itu, Ustazah juga akan menjadi seperti saya. Saya betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustazah, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai jilbab, Ustazah ingatkanlah pada mereka, pakailah jilbab. Cukuplah saya saja yang merasakan siksaan itu, saya tidak mau ada wanita lain yang merasakan hal seperti yang saya sudah rasakan.

Semasa diazab, saya melihat larangan-larangan Allah, salah satunya adalah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahromnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau ada 10 lelaki yang bukan mahrom melihat sehelai rambut saya ini, maka saya mendapatkan 10 dosa.”

“Tapi Ustazah, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang melihat rambut saya, itu berarti beribu-ribu dosa yang saya dapat. Saya berniat, sepulang saya dari haji ini, saya minta tolong dari ustazah supaya mau mengajarkan suami saya sholat, puasa, mengaji, dan mengerjakan semua ibadah. Saya ingin mengajak suami pergi haji.

Seperti saya, suami saya itu Islam pada nama saja. Tapi itu semua adalah kesalahan saya. Saya sudah membawa dia masuk Islam, tapi saya tidak membimbing dia. Bukan itu saja, sayalah yang menjadi seperti orang yang bukan Islam.”

Sejak kembali dari haji itu, saya tidak mendegar cerita tentang wanita tersebut. Bagaimana pun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia berkata benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cobalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadish. Adakah ia berbohong ?

Benar, apa yang terjadi itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mau percaya bahwa “Oh … memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal …” Itu sudah terlambat.

Wallahua’lam bish Shawwab ....

... Raihlah 5 peluang sebelum datang 5 rintangan, Kaya sebelum miskin, Senang sebelum susah, Sehat sebelum sakit, Muda sebelum tua dan waktu Hidup sebelum mati ...

... Semoga kisah ini membawa kita menjadi umat yang lebih mengerti bahwa dunia bukanlah tempat terakhir, masih ada akhirat, masih ada alam lain yang sudah menanti kita sebagai mana dituliskan dalam Al Qur’an. Semoga kita menjadi umat yang senantiasa beribadah kepada Allah. .. Aamiin ...

Semoga bermanfaat bagi yang membacanya .....
.... Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah semua kebaikan ....

Barakallahufikum ....

Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
------------------------------------------------
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ....






#kisah ini memberi kesedaran buat saya.. walaupun hanya sebuah kisah.. tapi gambaran azab Allah itu dapat saya rasakan seklai :'( YaAllah, banyak dosaku .. wahai wanita, berhijablah walaupun terpaksa, solatlah walaupun terpaksa.